23 November 2010

Lebih Setengah Juta Pelajar Mula Duduki SPM Dan STPM

16 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR: Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.

Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03- 61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.

Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.-

mStar/-

1 ulasan:

muslim berkata...

assalamalaikum YB,saya ingin copy artikel ini kalau boleh terima kasih