14 Disember 2010

Beza Ron95 dan Ron97

08 Muharam 1432H
Oleh : ahmad badri abdullah

"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.

RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km

Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.

RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km

Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.

Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?

14 ulasan:

ISAC berkata...

Salam Tuan, sila sertakan dengan bukti di mana analisa atau ujikaji tersebut telah dijalankan!!!

Secara matematik 2.52km bahagi 7.33km = hampir 31%.

Jadi jika harga Ron 95 dan 97, perbezaannya juga sekitar 31%..... Ia bermaksud X perlu lagi bersusah-payah beratur untuk beli minyak Ron 95.

Apa pun kawan akan mengujinya sendiri, untuk kepastian.

Wassallam.

qaseh bonda berkata...

Semua orang berada sibok dengan naik minyak. Sana sini orang gah bercerita. Tahukah tuan2 rempah kari paling kecil yang dulunya 50 sen sekarang dijual di kedai runcit 80 sen sebungkus. 30 sen naik ada menteri kesah!!!

Santan pun masyaAllah menjadi2 naik lemak tukang jual cekek darah pembeli.

Telur ayam gred paling kecil 10 biji RM 3.50.

Sardin tin besar pun naik sampai 80 sen se tin..

Semua yang diatas adalah makanan orang miskin...apalah sangat minyak petrol yang naik 5 sen ja tu...

Congak p congak mai...ada mak2 yang menahan lapar demi anak2.

Awanama berkata...

semua barang qaseh bonda sebutkan tak dihantar guna air liur tapi guna minyak petrol. sebab itulah rakyat marah pasal kenaikan harga minyak.

Awanama berkata...

Cakap ekonomi, mengambil kira 'ceteris peribus' apabila barangan asas meningkat, secara relatifnya barangan yang berkaitan akan turut meningkat dengan syarat. Sebab itulah kalau kerajaan yang bertanggungjawab dia akan berusaha untuk tidak menyebabkan barangan asas meningkat agar tidak memberikan kesan kepada negara. UMNO bukan belajar semua ni... semua ini belajar dalam subjek ekonomi Tingkatan 6... yang masuk matrik mungkin tak tau kecuali belajar dalam bidang ekonomi. UMNO mana ada masuk Tingkatan 6... so bodoh punya UMNO.

Awanama berkata...

nasib baik gula hacks seposen masih 2 bijik...

Awanama berkata...

Mungkin barangan yang dibeli oleh pemimpin umno dihantar dengan menggunakan air...sebab itu dia berkata walaupun harga minyak naik harga barang tak akan naik....bangsat punya pandangan.. tak sekolah lansung agaknya mereka itu...Sebaik saja umum harga minyak naik..kemudian lepas tangan...biarkan rakyat yang menanggung beban kenaikan harga barang !
Rakyat miskin membawa wang yang sedikit untuk membeli barang yang sama tiba-tiba pulang dengan tangan kosong kerana tidak cukup wang disebabkan harganya telah naik....ada pemimpin umno ambil kisah perkara ini...!!Perkara ini benar-benar berlaku dalam kalangan rakyat miskin yang pendapatan mereka di bawah garis kemiskinan dan beranak ramai..lima sen bagi mereka amat bernilai..
Sekarang kepada siapa rakyat hendak mengadu...Hantar memorandum,buat perhimpunan aman atau lain-lain bantahan tak akan kesampaian..Yang rakyat dapat ialah berhadapan dengan pasukan polis dan pasukan FRU.Kalau nasib tak baik ditangkap dan didakwa dimahkamah. Nampaknya rakyat marhaem terpaksa berkorban menangung beban kesusahan bagi membolehkan pemimpin umno/bn dan kroni ber diri megah dan bercakap 'besar' dengan menawarkan projek-proojek 'besar'..Nampaknya era 1 Malaysia lebih membebankan rakyat berbanding sebelumya...Cuba fikir-fikirkan !!!

Awanama berkata...

mengapa harus membebel pada kenaikan harga barang, alangkah lebih baik kita sama2 menaikkan taraf hidup kita dengan melakukan sesuatu yang boleh menambah pendapatan kita.
Petikan kata Sukrno( mantan presiden indonesia)"daripada kita menyalak pada kegelapan, lebih baik kita nyalakan lilin yang berada ditangan kita". Wallahualam

Qaseh Bonda berkata...

Bukan membebel tapi kenyataan. Jangan bimbang ibu2 yang susah ni bukan saja berikhtiar mencari jalan menaikkan taraf hidup bahkan akhlak anak2 juga dijaga agar tidak sesat di jalan yang terang.

Awanama berkata...

boleh ke mengandung tapi perut tak buncit?

Awanama berkata...

asyik membebel tapi tanpa tindakan semuanya tak berguna!jom pakat ubah kerajaan.gantikan dengan PR.

Awanama berkata...

hmmm...ada tak yang pernah terfikir semua masalah berkaitan inflasi sebenarnya berkait rapat dengan "circulation of printing monies" dalam pasaran. semakin banyak duit yang dicetak, semakin banyak duit sediada dalam pasaran, semakin duit itu mengalami susutnilai yang tinggi?

Awanama berkata...

mungkin betul kajian tu. sya tk ada data specific. tp dulu sy guna 97 pd harga RM 1.80/L, average consumption seminggu dalam RM30. tapi sekarang tukar 97, ave / wk RM 50 ( dgn harga rom 95 RM 1.85/L)

cikgu Nizar berkata...

Saya x berapa setuju dgn data diatas, sebabnya saya dah test kedua2 jenis minyak dalam perjalanan ulang alik dari kedah ke johor sejauh 770km sehala, dimana saya dapati perbezaan kilometer per liter adalah terlalu kecil.

Saya mengunakan Proton Persona Auto. Minyak yang diuji ialah 95&97 Petronas dan 95&97 Shell. Perjalanan pergi dengan 97, pulang dengan 95. Yang pasti, dengan RON97 perbelanjaan minyak meningkat dengan agak ketara, dengan prestasi enjin dan peningkatan kilometer yang hampir tidak dirasa.

Awanama berkata...

Menteri tak susah, gaji tinggi. Undangan ka majlis setiap hari. Tak perlu belanja di rumah. Petrol dan pemandu percuma. Cuba lihat gaya sesekor menteri BN dan isteri masing2 Agaknya berapakah harga pakain yang di pakai oleh mereka. Sedarkah mereka rakyat kesempitan wang. Tidak sama sekali. Apa yang ada dalam benak mereka ialah bagaimana nak menang election yang akan datang.