14 Disember 2010

Edisi Pahang: Keghairahan Puak-Puak UMNO BN Meneroka "Lombong Bijih Besi", Mereka Seronok Makan Isi Tapi Rakyat Derita Di Paksa Hidu Debu

08 Muharam 1432H

KUANTAN, 13 Dis - Kewujudan tempat simpanan bijih besi berhampiran Kampung Selamat dekat Pelabuhan Kuantan, didakwa menyebabkan masalah debu yang serius sehingga menjejaskan kehidupan harian serta kesihatan penduduk.

Tinjauan mendapati, keadaan jalan kampung berkenaan dipenuhi debu yang berterbangan, terutama apabila kenderaan berat melalui jalan terbabit dan keadaan bertambah teruk ketika cuaca panas.

Seorang penduduk, Manap Muda, 58, mendakwa, penduduk kampung berkenaan sudah lama berdepan masalah debu, namun keadaan semakin buruk selepas kewujudan tiga tempat simpanan bijih besi berhampiran kampung berkenaan. Katanya, kehadiran lori yang mengangkut bijih besi itu turut menyumbang kepada masalah itu, malah mereka akan berulang alik melalui kampung ini hampir 24 jam sehari apabila ada kapal yang yang memunggah bahan berkenaan berlabuh di pelabuhan.

“Keadaan itu menyebabkan debu bijih besi berterbangan dan mencemari udara di kampung ini hinggakan kami terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah setiap masa untuk mengelak rumah dikotori dengan debu,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Selamat berkata, masalah debu terbabit juga menyebabkan kesihatan penduduk kampung terjejas, terutama kanak-kanak apabila mereka sering batuk dan jatuh sakit.

“Masalah ini sudah dibawa ke pihak atasan termasuk pengurusan tertinggi Pelabuhan Kuantan dan saya dimaklumkan bahawa pihak berkenaan sudah mengeluarkan arahan supaya lori yang mengangkut bijih besi terbabit tidak dibenarkan membawa lebih muatan dan perlu menutupnya dengan kemas dan rapi,” katanya lagi.

Bukti, Manap menunjukkan kesan debu bijih besi yang mencemari
sebuah pondok perhentian bas di Kampung Selamat Kuantan

Seorang pengusaha kedai makan, yang hanya mahu kenali sebagai Sam, 50, pula berkata, masalah debu yang dihadapi penduduk turut menjejaskan perniagaannya kerana debu berkenaan mencemarkan makanan serta mengotorkan kedainya.

“Cermin dan meja makan sentiasa dipenuhi debu menyebabkan kami terpaksa membersihkan setiap masa, malah saya pernah menerima rungutan daripada pengunjung terutama orang luar mengenai masalah berkenaan. “Kami berharap tempat simpanan bijih besi berkenaan dapat dipindahkan ke lokasi lain dan terletak lebih jauh dari rumah penduduk, manakala lori yang mengangkut bahan itu ke pelabuhan pula perlu melalui laluan lain,” katanya.

[Memang benar di Pahang ini trend memohon kawasan lombong bijih besi sudah menjadi-jadi. Difahamkan lebih 200 permohonan diterima oleh pihak yang berkenaan setiap bulan. Kebanyakkan yang memohon adalah mereka yang mempunyai kepentingan politik atau ada hubungan rapat dengan kerajaan UMNO BN itu sendiri. Anehnya, ada sesetengah kawasan yang mempunyai gred bijih besi yang bermutu tinggi telah digazetkan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan kemudian diberikan kepada kontraktor yang sama termasuk terbaru di kawasan Lipis.

Difahamkan syarikat terbabit juga mempunyai hubungan rapat dengan Menteri Besar Pahang itu sendiri. Kawasan yang baik akan digazetkan kepada PKNP untuk kroni. Manakala kawasan yang mutu bijih besinya kurang kualiti itu sahajalah yang boleh dipohon oleh orang lain. Akhirnya banyak lesen melombong (MC) yang diluluskan tetapi tidak diusahakan kerana hasil tidak memuaskan.

Bijih besi akan dibawa dengan lori bertan-tan sehari untuk ke Pelabuhan Kuantan sebelum dihantar ke negara China. Maka, sebelum kapal tiba ia akan disimpan dilokasi yang berkenaan yang akhirnya mengundang bahawa kepada penduduk seperti yang didedahkan. Inilah bukti rakyat makan debu sebaliknya puak-puak UMNO BN seronok makan isi dan hasilnya. Inilah senario sebenarnya !!].

2 ulasan:

Awanama berkata...

tapi lubang diorg korek tak dalam bang

Awanama berkata...

kena hubungi Karam Sigh Walia...SPRM kecut