09 Disember 2010

Syabab Race Pemuda Pas Parit Menggegar Lagi

03 Muharam 1432H
Oleh : SUK DPPN PERAK

Parit, Disember 2010 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit sekali lagi dengan jayanya telah menganjurkan program Syabab Race bagi Parlimen Parit yang mencakupi Dun Bota dan Dun Belanja pada 5 Disember 2010 yang lalu. Program yang dianjurkan berkonsepkan seperti pertandingan Explore Race dan Amazing Race ini telah berjaya mengumpulkan 11 buah kereta peserta menghamipiri sasaran awal sebanyak 15 buah kereta.

Program yang diadakan ini memberikan fokus utama untuk mendaftarkan seramai mungkin pemilih baru dengan menjadikannya sebagai satu bentuk pertandingan. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan pemilih baru yang teramai telah dinobatkan sebagai juara yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 300 beserta hamper.

Pengarah program , Ustaz Mohd Al-Hakimi bin As-Syah Alami ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa puas hati dan berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta Syabab Race kali ini. Menurut beliau, objektif program telah berjaya dicapai apabila para peserta telah mendaftarkan ramai pemilih baru dalam masa yang singkat selain telah menaikkan syiar PAS apabila para peserta melakukan aktiviti kebajikan masyarakat di setiap checkpoint yang disediakan.

Program yang telah dianjurkan buat kali kedua ini juga telah disertai oleh kawasan yang berhampiran iaitu Batu Gajah dan Bukit Gantang. Video program Syabab Race yang telah dimuat naik ke laman web Youtube juga telah mendapat banyak respon positif dari para pengunjung laman web tersebut.

laman web youtube:

1) ucapan pengarah : http://www.youtube.com/watch?v=mBp1KDwInQg

2) montaj : http://www.youtube.com/watch?v=1wMKIxXOmFk

3) teaser : http://www.youtube.com/watch?v=KOY70h_MX0s&feature=related.

Tiada ulasan: