09 Januari 2011

Dialog tuntut penjelasan lanjut Nik Aziz

5 Safar 1432H | MalaysiaKini.

Pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat 15 Januari ini dijangka dipanaskan dengan isu pertemuan mursyidul am PAS itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang peserta program dialog di Kuala Lumpur itu berkata, penggguna media baru yang menentang idea kerajaan perpaduan berhasrat menuntut penjelasan lanjut Nik Aziz kerana masih terdapat kekeliruan berhubung perkara itu.

"Kita hendak tahu cerita sebenar kerana terdapat masih banyak kekeliruan. Antaranya, kenapa undangan kepada Tok Guru (Nik Aziz) disampaikan melalui bekas timbalan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukannya setiausaha atau wakil istana sendiri.

"Dan, kalau betul (undangan) daripada istana, kenapa tidak dibuat terus kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS?" kata penulis blog terkenal, antara 25 orang yang didatangkan khas dari Kelantan.

Sementara itu, jurucakap program dialog itu Tarmizi Mohd Jam memberitahu, program pada Sabtu depan itu akan diadakan di Hotel Grand Seasson Kuala Lumpur melibatkan 180 orang penulis blog dan Facebook.

Ia antaranya bagi membincangkan isu-isu sekitar pentadbiran kerajaan Kelantan dan bagi menghadapai pilihan umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi. "Ia ekoran laporan media perdana tidak menyebelahi kita," katanya yang juga editor akhbar organ PAS Harakah.

Diminta mengesahkan sama ada itu pertemuan kontroversi 25 Disember lalu antara Nik Aziz dan Najib akan dibangkitkan, Tarmizi (kanan) bagaimanapun enggan mengulasnya.

Program itu akan dimulakan dengan 8 malam diikuti ucapan ringkas Nik Aziz sebelum dibuka untuk sebarang soalan daripada peserta. "Bukan hanya Nik Aziz, exco kerajaan negeri juga akan terlibat sama," kata Tarmizi lagi. [MOD]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku pelik dengan Pemuda PAS ni Ustaz. TGNA nak jumpa blogger kat KL. Dia buat prorgam media baru di Temerloh. Jadi apa halnye ni.
Last-last yang anti UG ke KL. Yang pro-UG ke Temerloh. Sampai ke bila perbalahan dalam internet akan berterusan.
Mungkin Pemuda PAS ni memang miskin idea.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa Pemuda itu yang keliru, Bukankah TGNA itu lebih tinggi kedudukannya drpd Tuan Guru presiden, yang dipersoalnya pula kenapa Tun Abdullah yang datang jumpa TGNA, kenapa tak boleh ke kalau Yang Di Pertuan Agong yang utuskan sesiapa sahaja untuk bertemu. Dia ingat TGNA bercakap bohong ke? Setahu aku TGNA seorang berpendirian teguh dan boleh dipercayai. Sebagai satu jemaah kita perlu juga menaruh kepercayaan yang tinggi kepada pemimpin selagi ia tidak bertentangan dengan Allah dan Rasul SAW. Dan kalau terdapat pertentangan pun jangan cepat melatah perbetulkan dahulu. Sudahlah jangan perbesarkan lagi perkara ini, sudah dijelaskan cukuplah tu. Jangan jadi manusia yang kalau berada di zaman RasululLah sekali pun suka menentang sesuatu perkara yang konon pada pandangannya bercanggah dan tidak menenpati kehendak semasa. Aku tidak menganggap TGNA itu seorang maksum, dia manusia biasa je, tapi aku percaya berdasarkan peribadi dan perinsipnya, lagi pula dia adalah ketua yang lebih tinggi dari presiden parti, dia layak.