04 Januari 2011

Jangan cuci pakaian kotor di tempat awam

29 Muharram 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya suka untuk meminjam kenyataan yang pernah dinyatakan Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali dalam kenyataannya pada bulan July tahun lepas yang meminta rakan-rakannya menyelesaikan masalah mereka melalui meja rundingan bukannya melalui media

Menurutnya tindakan kita mencuci pakaian kotor di tempat awam (wash dirty linen in public) amat tidak sesuai sekali dengan semangat kita berpakat dalam Pakatan Rakyat.

Adapun tujuan saya mengangkat kembali pandangan yang baik dan bernas ini adalah untuk mengingatkan semua pihak supaya cukup berhati-hati dalam menggunakan media yang terbuka luas sehingga nanti bukan menjadi senjata untuk menikan parti dan diri sendiri.

Sering saya ingatkan dalam banyak ucapan dan tulisan saya bahawa musuh sebenar kita adalah BN dan semua ahli parti komponennya. Sedarlah rakan seperjuangan kita adalah semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya parti yang kita menjadi ahlinya. Mereka adalah rakan kongsi kita untuk sungkurkan BN.

Satu trend baru yang saya lihat ialah sesetengah pihak sudah tidak suka bermesyuarah dan berdeplomasi dengan jalan yang paling efektif untuk menyelesaikan masalah dalaman namun menggunakan media alternatif seperti blog, facebook, twitter dan sebagainya untuk melemparkan pandangan yang sepatutnya diselesaikan diperingkat dalaman parti.

Kalau ada maklumat penting berhubunglah dengan pimpinan parti yang sesuai bukannya berhubung dengan media atau menulis dalam media masing-masing.

Seperkara lagi berlakulah secara adil untuk menghukum seseorang dengan adakan dia dihadapan pengadilan seperti mahkamah baru hak dirinya boleh membela diri, selepas itu hukumlah selepas semua keterangan dikumpulkan.

Kerana itu pandangan Dr. Halimah yang saya kira hampir dilupakan itu saya angkat kembali untuk mengigatkan saya dan semua rakan taulan untuk terus berpijak dibumi nyata dalam menempuh liku-liku perjuangan ang masih panjang ini.

Merujuk kepada banyak aduan yang cuba dikemukakan kepada saya dalam soal rumah tangga termasuk untuk bercerai sejak saya menjadi ADUN, saya lebih awal sebelum pengadu mencerita lebih panjang terus arahkan dengan bahasa yang cukup berhemah dengan mengatakan masalah itu hanya dapat diselesaikan di Pejabat Agama.

Demikianlah apa saja masalah yang ada bawalah berbincang diperingkat dalaman parti sendiri ataupun Pakatan Rakyat dan jangan sesekali menggunakan media awam atau media kepunyaan peribadi untuk melemparkan permasalah untuk dibincang.

Nanti ada yang kata ingatkan cerdik tapi nampak kurang cerdik....

1 ulasan:

Hang sapa? berkata...

Masalahnya bila kita ajukan pemasalahan dan kelemahan yang wujud, kita akan ditanya oleh orang-orang berautoriti di dalam parti, "Hang Sapa?". Bila tanya hang sapa, nampak sangat tidak wujud keterbukaan yang mengharapkan buah fikiran kita dipertimbangkan. Jadi pihak atasan kena juga berfikir kenapa mereka tidak dapat bermesyuarah dan berdiplomasi. Mustahil mereka tak mahu bermesyuarah jika ada saluran yang dapat disampaikan hingga di peringkat atasan.