20 Februari 2011

Bila Umno takut kepada tajuk ceramah, macam-macam jadi !

17 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
SUNGAI SIPUT, 19 FEB : Tajuk asal ceramah Maulidul Rasul ini ialah Menentang Jahiliyyah dan Sekularisme, tajuk yang diusulkan oleh AJK Masjid ini telah dicetak pada satu banner besar, dan kemudiannya banner tersebut digantung pada simpang utama kampung Talang Trosor dalam DUN Lintang.

Media ABC dilaporkan tajuk tersebut setelah disedari ia amat berkait rapat dengan salah laku BN umno di Malaysia, maka "elit-elit" umno telah mengarahkan supaya banner tersebut dibuang.

Tajuk telah di “tiada” kan, cuma tema sahaja dipaparkan kepada audien, tidak ada dalam sejarah lagi ceramah tiada tajuk, dalam kelas pun guru perkenal tajuk sebelum mengajar, ini tidak masuk akal,” demikian respon penduduk.

Apabila ditanya kepada orang kampung tentang apakah “Jahiliyyah dan Sekularisme”, pakcik tadi jawab, “ape kebendenye Sekularisme tu”.



Begitulah umno terus menerusnya perbodohkan rakyat, mereka senang hati jika rakyatnya terus bodoh, tetapi BN perlu ingat, rakyat yang buta ilmu makin pupus, masyarakat berilmu makin meningkat dan BN bakal lenyap dari dunia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Payah sangat dengan UMNO ni, tulis sahaja tajuk ceramah, 'SOKONG UMNO MASUK SYURGA', mesti ramai yang hadir termasuk ahli UMNO yang dalam catatan amalan sembahyangnya selama setahun cuma sembahyang Jumaat, dan dua sembahyang raya.