12 Mac 2011

All-England: Chong Wei hampiri kejuaraan

06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 12 Mac - Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan apabila mara ke pusingan separuh akhir perseorangan lelaki Kejohanan All-England yang diadakan di Birmingham, England awal pagi ini (waktu Malaysia).

Perseorangan nombor satu dunia itu mudah menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand 21-15, 21-7 dalam masa 30 minit.

Menanti Chong Wei di gelanggang separuh akhir ialah pemain China, Chen Long yang menewaskan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-9, 22-20.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan perseorangan nombor tiga dunia Lin Dan dari China, yang akan menentang pemain bukan pilihan Marc Wiebler dari Jerman.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Semua warga Malaysia dan kaum cina malaysia mengucapkan Tahniah kepada dato chong wei. Yakin boleh pertahankan kejuaraan.

Panglima7 berkata...

Assalam Tuan. Mohon dapat linkkan blog Panglima7 di dalam blog tuan. Kebaikan tuan Allah jua yang dapat membalasnya. aaminn.