08 Mac 2011

Harussani kena jawab, bilakah Nik Aziz menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Nik Aziz Tuntut Harunssani Jelas Isu 'Undi PAS Masuk Syurga'

KOTA BHARU 8 MAC : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghantar surat rasmi kepada mufti Perak, Tan Sri Harunssani Zakaria bagi menyatakan hasratnya mahu berjumpa tokoh agama itu bagi merungkai perselisihan pendapat antara mereka.

Surat itu juga antara lain menuntut Harunssani menjelaskan tulisannya sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, pernah berkata 'undi PAS masuk syurga'.

Tulisan mufti itu disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac lalu, iaitu hari pengundian bagi pilihan raya kecil dewan undangan negeri Kerdau dan Merlimau.

"Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak memohon penjelasan di atas tulisan beliau di dalam Mingguan Malaysia 6 Mac 2011.

"Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga," katanya melalui Facebook hari ini.

Kedua-dua tokoh itu sering bercanggah pendapat berhubung isu agama dan jika pertemuan yang dicadangkan itu menjadi kenyataan, ini adalah kali pertama berlaku mereka akan duduk semeja.

"Semoga beliau memberikan respon,"kata Nik Aziz lagi.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak juga telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara yang sama.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menjayakan pertemuan tersebut.

Menurut Pemuda PAS Perak, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

Pemuda PAS Perak juga sebelum ini antara yang tidak senang dengan beberapa pandangan mufti itu khususnya dalam isu ancak membabitkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Himpunan berita politik Pakatan Rakyat

4 ulasan:

Abu Hasan Chan berkata...

Ulasan saya ....

Mentaliti mufti Perak , Harussani sama saja dengan penyokong UMNO kampung. Mereka suka mendengar apa saja pemimpin UMNO mereka cakap tanpa usul periksa. Soal propaganda "Undi PAS Masuk Syurga" adalah rekaan UMNO sendiri dan pemimpin PAS TIDAK PERNAH berkata begitu.

Apa yang pernah saya dengar daripada ceramah-ceramah PAS ialah undi UMNO/BN masuk neraka kerana menyokong puak yang menghalalkan yang haram , menipu , buat khianat , putar-belit ...itu disebut secara peringatan tentang dosa-dosa secara umum ..bukan khususnya ditujukan kepada UMNO/BN sahaja.

Sebagai contoh terdapat sebutan dalam al-Qur'an :

"Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang berbuat zalim , maka kamu akan disentuh oleh api neraka " [Hud (11) : 113]

Bagi UMNO apabila mereka berceramah , perkara syurga-neraka tidak ada dalam perkiraan mereka kerana bagi UMNO politik adalah soal duniawi dan perkara ugama hanya terserah kepada Tuhan dan majlis-majlis ugama.

Kenapa mufti-mufti Malaysia diam saja bila ada pemimpin UMNO membuat kata-kata kufur .....?

Tengku Abdul Rahman Putra PM Malaysia pertama pernah berkata ...kalau hukum rejam orang zina dijalankan di Malaysia , habislah batu-batu di tepi jalanraya dipungut orang dan rusaklah jalanraya.

Ghafar Baba bekas TPM pernah berkata ...hai orang-orang PAS ...jika kamu fikir sangat tentang akhirat ....berapa buah bas MARA yang kamu perlu saya boleh bagikan secara percuma.

Dr Mahathir Muhammad pernah berkata ...Nabi Muhammad tidak cukur janggut kerana di zaman itu tidak ada pisau cukur gilette.

TPM sekarang , Muhyidin Yasin pernah mencabar hukum tutup aurat dalam sukan kerana katanya hukum itu tidak sesuai dengan semangat kemajuan kesukanan Malaysia.

Bekas menteri UMNO , Khir Johari pernah berkata ...hai orang-orang PAS untuk apa kamu belajar ugama banyak-banyak. Orang Amerika sudah berjaya mendarat di bulan ...yang kamu orang-orang PAS baru hendak teropong bulan.

Tanpa Nama berkata...

Malunya kalau org tua yang dianggap berilmu cakap untuk sedapkan pemerintah bukan cakap yang benar.Jangan begitu ba tuan mufti, nanti bukan sebelah kaki ke neraka tp dua-dua belah. Sempat tobat ni,tobatlah...buat yang benar demi berhadapan dengan yang Maha Mengadili.

Tanpa Nama berkata...

Bulan yang terbelah, masuk kedalam jubah rasullallah..tak payah pergi ke bulan...Rasullallah terlebih dahulu naik ke langit malah lebih tinggi daripada bulan.berjumpa dengan allah..
Apa yang nak dibanggakan dengan amerika tu....

Tanpa Nama berkata...

Sedarlah bahawasanya rasullallah yg terlebih dahulu sampai ke langit (bulan)...malah lebih tinggi lagi..hingga mengadap (berjumpa)ALLAH..
Apa yang nak dibanggakan dengan amerika tu...