08 Mac 2011

Kemenangan BN dengan cabul demokrasi.

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 8 Mac : ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim mengulas bahawa Umno BN tidak perlu mendabik dada dengan kemenangan yang diperolehi di kedua-dua DUN Merlimau dan kerdau, hakikatnya BN belum lagi memenangi hati rakyat, kemenangan tersebut disifatkan sebagai hanya mempertahankan kerusi mereka dengan sekian banyak pencabulan terhadap demokrasi dilakukan dalam PRK tersebut..

“Umno BN bersungguh-sungguh menyampaikan khabar gembira kepada media bahawa kemenangan tersebut adalah petanda bahawa mereka telah memenangi semula hati pengundi melayu di kawasan tersebut, tindakan ini mengelirukan dan bohong,” katanya ketika ditemui di sini.

"Saya menafikan bahawa orang Melayu sudah kembali menyokong BN . PRK bukan gambaran yang sebenar dan kita tunggu PRU ke 13" Katanya.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Perak, BN tetap menafikan bahawa mereka menentang demokrasi yang lebih bebas di Malaysia namun dalam masa yang sama Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang berkempen di TV mahupun radio walaupun seminit.

"Harapan saya rakyat pandai menilai pemberitaan yang sangat berat sebelah setiapkali ada PRK" katanya

“Di TV3 dan RTM, rakyat hanya akan melihat calon BN sahaja yang berkempen, seolah-olah pertandingan satu penjuru sedang berlaku, ini satu amalan pelik BN di kancah politik tanah air, saya pasti, rakyat yang punyai pertimbangan yang waras boleh menilai penipuan ini, jelasnya.

Menurut Khalil Idham lagi, BN bakal mengulangi penipuan pilihan raya sebegini pada PRU 13 nanti, beliau juga mengingatkan kepada rakyat supaya jangan beri peluang terhadap sebarang bentuk pembohongan yang melibatkan hak warga Malaysia.

“Rakyat berhak memilih pemimpin mereka berdasarkan perinsip demokrasi yang tulen dalam isu perjalanan pilihan raya yang adil dan saksama, PRU 13 semakin hampir, gerakkan tenaga untuk menyebar maklumat serta fakta mengenai salah laku BN tersebut,” ujarnya ketika mengakhiri sesi temubual.

Oleh : Hafizi Pauzi

Tiada ulasan: