26 April 2011

Pertempuran Askar Thai, Kemboja Ujian Getir Buat Mekasnisme Dua Hala

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BANGKOK 26 APRIL : Pertempuran antara askar Thailand dan Kemboja yang masuk hari keempat di sempadan megara itu merupakan ujian getir bagi menilai kejayaan mekanisme dua hala bagi menghentikan pertumpahan darah.

Bangkok sentiasa mendesak bahawa pertikaian sempadan boleh diselesaikan menerusi mekanisme dua hala tanpa campur tangan pihak ketiga termasuk ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di sebalik itu, Phnom Penh percaya penyelesaian terbaik terhadap pertikaian itu adalah menerusi bantuan pihak ketiga kerana Kemboja tidak lagi meletakkan harapan tinggi kepada mekanisme dua hala yang terjalin antara kedua-dua negara itu.

Berikutan penangguhan lawatan Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natelegawa ke Phnom Penh dan Bangkok hari ini, selaku negara itu menjadi Pengerusi ASEAN, usaha untuk penyelesaian segera menerusi mekanisme multilateral masih belum jelas.

Pemangku jurucakap kerajaan Thailand, Dr Panitan Wattanayagorn berkata Menteri Luar Indonesia itu menangguhkan mesyuarat dengan rakan sejawat kerana beliau mahu mengkaji butiran mengenai beberapa perkara tertentu terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Dr Panitan tidak mendedahkan butiran tersebut.

Kajian itu dipercayai berhubung terma rujukan bagi pemerhati Indonesia yang ditempatkan di kawasan pertikaian sempadan dalam memantau gencatan senjata berkekalan.

Penghantaran pemerhati Indonesia adalah salah satu perkara yang dipersetujui semasa Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN di Jakarta pada 22 Febuari lalu susulan pertempuran antara tentera Thailand dan Kemboja pada awal Februari yang mengorbankan 10 nyawa bagi kedua-dua pihak.

Selepas mesyuarat itu, Phnom Penh telah memberi persetujuan kepada penempatan pemerhati Indonesia tetapi pendirian Bangkok masih samar.

Pada haikatnya, Bangkok telah meletakkan beberapa syarat antaranya pemerhati tersebut tidak harus ditempatkan di kawasan pertikaian, tidak perlu memakai seragam dan bersenjata dan hanya dianggap sebahagian daripada petugas kedutaan Indonesia.

Semalam, Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya membayangkan mesyuarat dua hala paling awal antara Bangkok dan Phnom Penh boleh diadakan dalam masa empat atau lima hari lagi.

Pertempuran terbaru di kawasan sempadan berdekatan wilayah Surin di Thailand, telah meragut nyawa lima askar Thailand dan lebih 20 lain cedera.

Tv Selangor/-

Tiada ulasan: