22 April 2011

Seorang Maut, 40 Hilang Akibat Tanah Runtuh Di Filpina

18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MANILA 22 APRIL : Seorang pelombong maut dan kira-kira 40 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang meranapkan rumah dan jalan masuk berdekatan jalan masuk ke lombong emas awal pagi ini di selatan Filipina, kata pegawai.

Anggota tentera, polis dan pelombong berjaya menyelamatkan lima lelaki dan seorang wanita yang terperangkap dalam kejadian berkenaan serta sebuah terowong di perkampungan pedalaman, bandar Pantukan, wilayah Lembah Compostela.

Datuk Bandar Pantukan, Celso Sarenas berkata, helikopter tentera udara dan jentolak dihantar ke kawasan berkenaan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

Mereka yang hilang kebanyakannya pelombong emas haram dan keluarga dan yang sudah diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada kawasan tanah runtuh.

Pihak berkuasa sudah menutup terowong bagi mengelak kegiatan melombong emas secara haram. - AP

Tiada ulasan: