14 Mei 2011

150 Pelajar diraikan Anugerah Pelajar Cemerlang


Yb bersama pelajar dan ibubapa bergambar kenangan selepas program

11 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Klang - Seramai 150 pelajar yang telah menduduki peperiksaan STAM STPM, SPM, SMA, PMR, UPSR 2010” telah diraikan oleh ADUN Selat Klang bersama ibubapa pelajar-pelajar disini baru-baru ini.

Majlis yang penuh kegemilangan telah di hadiri oleh YB Dr Hjh Halimah Ali Exco Pendidikan Pendikan Tinggi dan Pembangunan Insan bagi menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah Berjaya menduduki peperiksaan tersebut.

Semua pelajar-pelajar dan ibubapa yang hadir merasa gembira dengan majlis yang diadakan kerana ianya bukan sekadar majlis penganugerahan pelajar tetapi telah diadakan juga Sambutan Hari Ibu bagi semua ibu yang hadir sempena Hari Ibu.

“Tahniah buat semua pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang dilalui. Usaha ini perlu ditingkatkan dari masa ke semasa, Katanya”.

Beliau juga menasihatkan agar pelajar –pelajar yang telah Berjaya dalam akedemik seharusnya melahirkan terima kasih dan bersyukur kepada ALLAH swt kerana kejayaan yang mereka terima adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh ibubapa mereka.

“Jasa pengorbanan Ibubapa tidak seharusnya dilupai kerana mereka telah banyak memberi sumbangan dan galakan kepada kita ketika menghadapi peperiksaan mahupun dalam apa juga keadaan demi untuk anak-anaknya, Ingatlah ibubapa harus dihormati syurga itu telatak dibawah kaki ibu. Jangan sekali kita lupa atau melukai hati mereka kerana apabila ibubapa terluka sudah pasti keredhaan allah juga sukar untuk kita dapati”.

Begitu juga dengan guru-guru yang telah banyak berjasa dengan mencurahkan ilmu dan memberi didikan yang sempurna kepada pelajar-pelajar. Seharusnya jasa mereka perlu diraikan. Raikan mereka sempena dengan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal di sambut tidak lama lagi agar mereka dihargai oleh anak-anaknya. Hari ibu juga bukan sekadar diraikan pada 8hb Mei tetapi boleh diraikan pada bila-bila masa sahaja dengan menurut syariatnya.

Oleh itu, dikesempatan ini juga saya bersama Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Guru” buat semua pendidik tidak kira samada peringkat PRA Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi, kata Y.b Dr Halimah dalam ucapannya.

Semoga Hari kecemerlangan pelajar yang diraikan pada hari ini bersama ibubapa penjaga melakarkan kenangan manis dalam sejarah hidup mereka.Sesi pergambaran bersama ahli keluarga pelajar dan Y.B Dr Halimah juga diadakan dengan penuh meriah sekali.

Editor : khaulah azwar

Tiada ulasan: