14 Mei 2011

Benarkah harga petrol RON95 tidak naik ?

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Harga pasaran minyak petrol RON95 akan terus kekal pada harga semasa sebanyak RM1.90 seliter dan tidak akan dinaikkan pada masa terdekat ini. Demikian jaminan yang diberikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kenyataan tersebut menyusul dalam keadaan spekulasi bertiup kencang mengenai kenaikan harga bahan bakar itu. Tambahan lagi 4 Mei lepas RON 97 telah dinaikkan sebanyak RM 0.20 seliter.

“Setakat ini belum lagi (kenaikan harga petrol RON95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi lain dan bahan petroleum misalnya.

Satu kenyataan bagi saya menampakkan kemungkinan keniakan harga RON 95 akan menyusul dalam waktu terdekat.

Alasan lain ialah secara kebiasaannya sepanjang pengamatan saya bila Pak Menteri menafikan biasanya akan berlaku kenaikan harga, itulah trend yang saya lihat sebelum dari ini.

Ismail Sabri jugi mengatakan kalau harga bahan bakar itu masih kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion. Kartanya lagi apabila pertambahan subsidi sebanyak RM17 bilion, defisit kita menjadi semakin besar.

Satu kenyataan yang menjurus kepada usaha menarik subsidi dan menambahkan lagi koleksi penjimatan wang kerajaan atau wang rakyat untuk perkara yang tidak diumumkan iaitu kemanakah wang itu akan digunakan.

Kita tunggu dan lihat, benarkah harga RON 95 tidak naik seperti dikatakan oleh Ismail Sabri , atau akan naik seperti yang saya jangkakan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pon turut menjangkakan harga akan naik. sbb zaman bn ni apa2 pon x akan turun. yg turun duit kita/rakyat biasa je. rakyat umno xde effect