14 Mei 2011

Kerosakan di Loji nuklear Jepun Lebih Teruk

11 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


TOKYO - Salah satu reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi, timur laut Jepun didapati mengalami kerosakan yang lebih teruk daripada jangkaan, kata beberapa pegawai kelmarin.

Kerosakan itu memberi tamparan hebat ke atas usaha untuk menstabilkan semula loji jana kuasa tersebut yang rosak selepas dilanda tsunami pada bulan lalu ekoran gempa bumi kuat.

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan bangunan reaktor No. 3 yang mengalami kerosakan di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi.

Bagaimanapun, suhu di loji jana kuasa itu masih di bawah peringkat berbahaya kerana pihak pengendali, Tokyo Electric Power Co., masih berterusan mencurahkan air untuk memastikan batang bahan bakar sentiasa sejuk.

"Situasi masih tidak berubah sejak krisis berlaku dan batang bahan bakar disejukkan dengan menggunakan air secara berterusan," kata seorang pegawai nuklear, Takashi Sakurai.

Sementara itu, kerajaan Jepun semalam memutuskan untuk menubuhkan dana bagi membantu pembayaran ganti rugi ekoran krisis nuklear tersebut.

Syarikat pengendali loji tersebut dijangka menerima tuntutan ganti rugi daripada pihak yang terkena kebocoran radiasi selepas berlaku kerosakan di loji nuklear itu. 

Agensi

Tiada ulasan: