22 Mei 2011

Jenazah tujuh mangsa tanah runtuh dikebumi satu liang lahad

Jenazah pertama dibawa turun dari masjid untuk dibawa ke kubur.

18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

HULU LANGAT 22 Mei – Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini.

Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang.

Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kesemua jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat

Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.

Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah.