10 Mei 2011

500 pelarian hampir lemas diselamatkan

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ROM - Seramai 528 pelarian Libya termasuk 24 wanita hamil berjaya diselamatkan selepas kapal dinaiki mereka karam akibat terlanggar batu di Pulau Lampedusa, Itali, kelmarin.

Pihak berkuasa Lampedusa melaporkan, kesemua pelarian tersebut terpaksa berpegang pada tali kapal sebelum pasukan penyelamat tiba untuk membantu mereka.

Jurucakap pengawal pantai, Antonio Morana berkata, ia merupakan satu situasi amat sukar kerana kapal peronda tidak dapat mendekati mangsa disebabkan air cetek dan arus kuat.

“Laut bergelora dan ia menolak kapal tersebut ke arah pantai.

“Perkara ini sungguh luar biasa. Ia merupakan detik ajaib buat kami kerana berjaya menyelamatkan semua orang,” katanya.

Sinar Harian/-

Tiada ulasan: