10 Mei 2011

Undian “Bubar Umno Masuk PAS” meningkat 200%

07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Pengundian tajuk utama Harakah “Bubar UMNO Masuk PAS” mencapai undian tertinggi setakat ini, iaitu 941 undian.

Ianya telah meningkat lebih 275 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya. Keputusan sehingga sekarang adalah 92 peratus (iaitu 866 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.

Hanya 68 undian (7.23 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 7 undi (0.74 peratus) pula tidak pasti.

Keputusan yang bersetuju juga telah meningkat lebih 10 peratus lagi berbanding dengan tajuk sebelum ini wajarkah perkataan "BUKAN KAEDAH ISLAM" digunakan sebagai tajuk berita utama di mana 81.63 peratus sahaja yang bersetuju.

Keputusannya boleh disemak secara online melalui laman http://myharakah.net. Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.

Sekarang ini, mulai 7 Mei yang lepas, undian baru berhubung dengan tajuk mukadepan Harakah bil. 1638, Wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor’ digunakan sebagai tajuk berita utama. Untuk mengundi, boleh lawati laman web, http://myharakah.net dengan segera.

Harakahdaily

Tiada ulasan: