23 Mei 2011

Bunuh 20 penunjuk perasaan, polis Mesir dihukum mati

20 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KAHERAH 23 Mei - Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang anggota polis kerana membunuh 20 penunjuk perasaan, kali pertama hukuman seperti itu dijatuhkan kepada anggota keselamatan kerana membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan pada Januari hingga Februari lepas.

Mohammed al -Sonni didapati bersalah kerana menembak mati secara rawak 20 orang penunjuk perasaan dan mencederakan 15 yang lain untuk menangkis serangan rusuhan di balai polis pada 28 Januari lepas, salah satu kejadian berdarah semasa tunjuk perasaan diadakan.

Mahkamah turut merujuk mufti republik tersebut, Ali Gomaa, yang ditugaskan untuk melaksanakan undang-undang Islam dalam kerajaan Mesir, untuk mengesahkan hukuman tersebut seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Mesir. - AFP

Tiada ulasan: