20 Mei 2011

Subsidi IPP Akan Disemak Semula

17 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 MEI : Subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) akan disemak semula dan dikurangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala.

Malaysiakini melaporkan, buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat.

Menurut Idris kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

"Ia sedang dirunding semula. Perbincangan sedang berlangsung dan ada juga yang telah beres. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.

Pengumuman berkenaan perkara itu adalah dalam bidang kuasa Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin.

"Rundingan semula masih berterusan dan sesetengahnya sudah ada penyelesaian,” kata Idris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Didesak sama ada rakyat boleh mengharapkan pemotongan subsidi kepada IPP, beliau berkata: “Sudah, tentu,” tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Pengeluar tenaga bebas atau IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Buat masa ini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga diskaun.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion.

Tv Selangor/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan tanggoh2 lagi berhentikan segera subsidi keIPP yg disahkan bernilai belasan billion ringgit.gunakan wang itu untuk menampong
subsidi petrol dan gula.