24 Mei 2011

Tiga maut, 150 cedera dalam serangan NATO di Libya

21 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 150 mengalami kecederaan apabila pesawat perang NATO melancarkan serangan ke arah ibu negara Libya awal hari ini, kata jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim.

"Mengurut maklumat yang kami terima, tiga terkorban dan 150 mengalami kecederaan," katanya kepada wartawan di atas bas yang membawa mereka ke hospita sebaik selepas serangan berkenaan.

Ibrahim berkata, NATO sudah melancarkan di antara "12 dan 18 serangan terhadap tempat tinggal pengawal sukarela yang membantu askar."

Katanya, kebanyakan yang cedera ialah orang awam yang tinggal berhampiran.

AFP

Tiada ulasan: