28 Jun 2011

Libya tolak waran ICC tangkap Gaddafi

TRIPOLI, 28 Jun — Libya menolak waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atas Kol Muammar Gaddafi sambil menegaskan, tribunal itu tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Semalam, ICC mendakwa pemimpin Libya itu (gambar) melakukan jenayah kemanusiaan.

Mahkamah itu berkata ia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa Muammar ada mengeluarkan arahan agar mengadakan tindakan ketenteraan ke atas orang awam ketika kebangkitan rakyat selama empat bulan.

ICC, yang berpejabat di The Hague, juga mengeluarkan waran tangkap ke atas dua pembantu kanannya iaitu anaknya Saif al-Islam dan ketua risikan Abdullah al-Sanussi.

Beribu-ribu orang dipercayai terbunuh dalam konflik itu. — Agensi

Tiada ulasan: