28 Jun 2011

SALAHGUNA KUASA: SPRM DIMINTA SIASAT HAMIDAH

26 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011 baru-baru ini.

Kami melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara ‘pilih kasih’.

Kami melihat Datuk Hamidah Osman jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik dan perbuatannya ini dikhuatiri mempunyai unsur rasuah.

Kami meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali ianya umpama ‘diletakkan di bawah karpet sahaja’

SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: