28 Jun 2011

Pencuri bakar kereta Ferrari

26 Rejab 1432H. [MOD] -

SYDNEY - Sebuah kereta Ferrari California bernilai A$500,000 (RM1.6 juta) dicuri dari rumah salah seorang individu terkaya di Australia sebelum kenderaan mewah itu ditemui terbakar di dalam semak, semalam.

Usahawan perlombongan, Nathan Tinkler dilaporkan sedang tidur semasa pencuri memecah masuk rumah rehatnya di Sydney, Sabtu lalu.

Selain mengambil beberapa jam tangan, komputer bimbit dan sebuah kamera digital, pencuri yang masih belum dikesan itu juga membawa lari kereta Ferrari California milik Tinkler, iaitu salah sebuah daripada hanya beberapa unit di Australia.

Polis kemudian mengesahkan kereta milik jutawan berumur 35 tahun itu ditemui rentung, semalam.

sinarharian/-

Tiada ulasan: