25 Julai 2011

Terperosok bawah bas

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

NGERI...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang maut di bawah bas ekspres.
LEMBAH BERINGIN: Seorang lelaki maut sebaik motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terpelanting dan digilis sebuah bas ekspres di Kilometer 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Syafiq Aswadi Hishamuddin, 23, mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pemandu bas ekspres berkenaan, Ismail Naim, 52, berkata dia terkejut apabila ternampak ada objek terbang menghentam cermin hadapan diikuti bunyi dentuman kuat lalu memberhentikan bas dipandunya dengan segera.

Katanya, sebaik turun daripada bas, dia amat terkejut melihat ada seorang lelaki terperosok rapat di bawah bas membawa 41 penumpang dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, cermin hadapan bas itu pecah dan retak teruk selepas dipercayai terkena topi keledar mangsa.

“Saya menghubungi pasukan bomba dan polis bagi memaklumkan kejadian itu bagi mendapatkan bantuan dengan segera. Selain itu, pemilik syarikat bas kami juga turut dihubungi untuk memberitahu kejadian itu.

“Mangsa yang sudah pun meninggal dunia di tempat kejadian dikeluarkan sepasukan anggota bomba Kuala Kubu Bharu kira-kira 30 minit selepas kemalangan berlaku,” katanya.

Naim berkata, semua penumpang basnya yang terselamat dipindahkan menggunakan dua bas lain bagi meneruskan perjalanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

metro/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Merujuk kepada artikel bertarikh 25/07/2011

Tolong betulkan statement. Mangsa bukan merempuh tetapi telah dirempuh. Tulisan ini bagi mendapat keadilan untuk arwah Syafiq Aswadi Hishamuddin. Semasa kejadian sebuah kereta proton saga lama berwarna putih (kelihatan pemandu seperti mengantuk) telah melanggar penghadang kiri jalan, dan motosikal mangsa yang berada dilorong kecemasan cuba mengelak ke sebelah kanan tetapi secara tiba2, proton tersebut terus membelok ke sebelah kanan menyebabkan ia terus melanggar mangsa sehingga tercampak seperti superman. No. plate kereta yang langgar xdpt sebab dia cabut lari. Berkemungkinan sekarang ni masih berada dimana2 bengkel untuk ketuk body. Maybe PLUS boleh membantu dapatkan video dari litar cctv yang dipasang. So same2 la kite membantu keluarga arwah. Al-Fatihah untuk arwah Syafiq Aswadi.