03 Ogos 2011

Kenyataan Media: "Kesesakan Lalu-lintas di Pujut 7-Permyjaya:Kegagalan Kerajaan BN"

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PAS Kawasan Miri merasakan keadaan lalu-lintas di sekitar bulatan
Pujut 7, Miri semakin kritikal dengan kesesakan yang amat teruk pada
waktu pagi dan waktu petang.Kesesakan teruk ini berlaku ketika
penduduk-penduduk di sekitar Senadin,

Permyjaya, Tudan dan Lutong
pergi dan balik dari pejabat masing-masing. Kesesakan luar biasa ini
adalah akibat daripada sistem jalan yang kurang sempurna.

Perkara ini dapat dielakkan lebih sepuluh tahun yang lalu sekiranya
pihak kerajaan meneliti pelan pembangunan di sekitar kawasan Permyjaya
dan Senadin. PAS Kawasan Miri merasa hairan kenapa berlaku pembesaran
dan penaikan taraf jalan menghubungkan Lutong dan Kuala Baram melalui
Batu Satu sedangkan sekarang jalan itu tidak lagi menjadi jalan utama
ke Kuala Baram atau ke Brunei.

Kenapa tidak perancangan pembesaran
jalan tersebut dipindahkan ke jalan menghubungkan Pujut 7 dan
Permyjaya? Ini menunjukkan kerajaan yang ada pada ketika itu tidak
memiliki keupayaan untuk merancang dan menguruskan pembangunan
infrastruktur dengan baik.

Oleh yang demikian, kami merasakan perlu ada penjelasan daripada pihak
yang kerajaan dan Majlis Bandaraya Miri berkenaan kegagalan
perancangan ini. Dalam masa yang sama, kami ingin mencadangkan dalam
tempoh pembinaan dan pembesaran jalan menghubugnkan Pujut 7 dan
Permyjaya ini,

pihak PDRM khususnya bahagian trafik perlu mengambil
tindakan serius untuk menempatkan anggota bagi mengawal lalu-lintas.
Kita tidak mahu pihak PDRM hanya bertindak efektif dalam menguruskan
demonstrasi awam yang aman tetapi lembab dalam menguruskan tugasan
harian mereka.

Mohammad Arifiriazul,
Ketua Penerangan PAS Kawasan Miri,

Tiada ulasan: