03 Ogos 2011

Dua maut termasuk kanak-kanak dalam letupan di Filipina

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MANILA 2 Ogos – Sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki terbunuh manakala sembilan cedera dalam satu letupan bom di selatan Filipina, hari ini.

Leftenan Jeneral Arthur Tabaquero berkata, pasukannya kini sedang melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Dua mangsa yang terbunuh meninggal dunia di hospital manakala sembilan yang cedera dirawat akibat terkena serpihan bom,” katanya. – Reuters

Tiada ulasan: