20 Ogos 2011

Wanita didakwa ditipu lelaki asing kenalan internet

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Wanita didakwa ditipu lelaki asing kenalan internet

Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata janda berumur 30an itu melaporkan bahawa pada 11 Ogos lepas dia telah dijemput oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya warga Australia yang dikenalinya melalui Internet untuk ke sebuah hotel di kawasan Sepang.

"Mangsa mengadu telah mengadakan hubungan seks dengan suspek dalam bilik itu dan kemudiannya tidak sedarkan diri setelah diberi minuman oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

Mohd Adnan berkata pihak pengurusan hotel yang merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku, telah membuka bilik itu dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan terbaring dan membawanya ke hospital.

Selepas sedar, wanita itu mendapati jam tangan Rolex dan barang kemasnya hilang. Dia juga pernah diugut oleh suspek yang meminta RM30,000 untuk tidak menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak senonoh yang dirakam di bilik hotel itu.

Mohd Adnan berkata polis telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai bukan warga Australia sebab pasport yang digunakannya itu adalah palsu.

- Bernama

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perempuan Bodoh. Gatal.Padan muka.

Tanpa Nama berkata...

baru padan dengan muka dia, yang untung mat salleh tu, puki dapat duit pun dapat, tapi lu pun dapat jugak, dapat batang butuh mat salleh tu yang dah lama lu tak dapat mungkin, tahniah ye untuk janda yang tak dak harga diri

Tanpa Nama berkata...

dah byk kali kisah2 penipuan terhadap warga tempatan oleh lelaki asing menerusi internet masih lg tak menjadi iktibar kjpd yg belum kena, pelik betul lah kalau buta huruf tak pe tp ini educated yg selalu terkena samada dgn pujuk rayu atau pun paksaan..