12 November 2011

Jambatan Baru Piasau Menyusahkan Para Nelayan?

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Jambatan Piasau lama yang digunakan oleh penduduk Miri sekarang sudah tentu memberi seribu kenangan kepada mereka yang lalu atau yang tinggal berdekatan dengan jambatan tersebut. Sekarang ini jambatan baru dalam pembinaan dan ini sudah tentu akan memberi sedikit keselesaan kepada mereka yang menggunakan jambatan tersebut bila sudah siap nanti.
Walaupun jambatan baru tersebut mungkin memberi keselesaan kepada sebahagian pengguna tetapi pernahkah pihak yang membina jambatan tersebut memberi laluan alternatif kepada para nelayan atau laluan bagi kapal kecil untuk lalu di bawah jambatan tersebut nanti?
 
Para nelayan dan kapal-kapal kecil sekarang ini menghadapi kesukaran untuk melalui dibawah jambatan tersebut kerana ianya masih dalam proses pembinaan.  Menurut mereka jambatan baru tersebut agak rendah,sempit dan sukar bagi kapal kecil untuk melalui jambatan tersebut.
 
Kita mendesak agar pihak yang bertanggunjawab dalam pembinaan jambatan baru tersebut dapat memikir apakah laluan alternatif sekiranya para nelayan yang menggunakan kapal mereka untuk melalui jambatan tersebut nanti. Sebelum jambatan baru siap sepenuhnya, pihak yang bertanggungjawab perlu memikir juga akan nasib para nelayan yang menggunakan kapal melalui jambatan baru tersebut nanti agar bukan saja jambatan tersebut memberi keselesaan kepada pengguna atas darat tetapi juga mereka yang mengguna sungai juga perlu di ambil kira.
 
Akibat pembangunan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan orang ramai, ini menyebabkan bukan saja manusia yang tertekan bahkan buaya dalam sungai sekarang ini pun sudah berani menyerang manusia kerana terdesak untuk mendapat makanan dan habitat mereka juga sudah terganggu akibat pembangunan yang terlalu agresif dan tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan orang ramai.
 
Harapan orang ramai agar jambatan baru tersebut nanti bukan saja memberi keselesaan pada pengguna di darat bahkan yang menggunakan sungai juga dapat manafaat darinya. Di harap pihak yang berkenaan bertindak dengan adil dengan semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
 
PAS Miri
Jofri Jaraiee
 

Tiada ulasan: