12 November 2011

Semangat hormat menghormati : Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyaaan Media

Saya ingin membuat kenyataan media bagi menjelaskan bahawa Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila PM Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN petang semalam adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain.

Najib patut sedar bahawa selama ini pun prinsip tersebut sebenarnya telah lenyap berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total
.
Sebagai contoh, hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petrolium yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri Kelantan seperti mana perjanjian asal, dimana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada PM Najib.

Dalam isu ini bukan sahaja beliau selaku pemimpin tertinggi Negara yang juga anak kepada Tun Razak tidak menghormati hak rakyat negeri Kelantan, malah beliau juga tidak menghormati amanat ayahnya sendiri .

Lalu bagaimana dan dimanakah rasionalnya tindakan serta ungkapan PM Najib dalam isu menjaga kepentingan hormat menghormati antara satu dengan lain adalah prinsip dasar BN, tindakan sebegini tidak masuk akal dan tidak rasional.

Hormat sesama komponen BN sahaja bukanlah tarsiran tepat untuk menterjemahkan bahawa BN komited dengan prinsip tersebut.

Parti tua yang kolot seperti BN ini saban hari jelas menzahirkan bahawa mereka tidak akan berubah dan ingin terus berkuasa dalam masa sama bakal menyusahkan warga Malaysia jika rakyat tidak lakukan perubahan melalui undi khususnya.

Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.

Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 12 November 2011

Tiada ulasan: