12 November 2011

RM100 sebelum cuti : Untuk apa wang ini ?

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan.

Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.

Yang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon, berkata pengagihan secara tunai terus kepada ibu bapa atau penjaga juga yang terbaik bagi memastikan wang itu diterima dengan selamat dan telus.

“Prosedurnya juga mudah iaitu mereka menurunkan tandatangan dan nombor kad pengenalan bagi pengesahan penerimaan.

Namun yang menghairan dan menimbulkan seribu pertanyaan, apakah sebenarnya tujuan peruntukan RM 100 disalurkan kepada lebih 5 juta pelajar apalagi ianya diagihkan terlalu awal dan secara tergesa-gesa. Miskin sangatkah rakyat pada masa ini sehingga sekolah dipaksa agihkan wang tersebut secara tergesa-gesa.

Kenapakah perlu sangat sebelum cuti wang tersebut mesti diagihkan sedangkan keperluan sebenar wang adalah hampir waktu persekolahan baru akan datang. Apalagi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di pendalaman, mereka bagi saya melihat rm 100 adalah besar dan mampu membantu menampung keperluan untuk sesei persekoilahan anaknya.

Jelas rm 100 bagi saya adalah gula-gula yang datang dari bajet 2012 sempena pru 13 yang bakal menjelang. Disamping itu pelajar juga dijanjikan bebas yuran persekolahan namun apa yang di bebas belum dapat disahkan.

Selain itu yang seronok tidak lain Bank Simpanan Nasinal (BSN) sebagi satu-satunya bank yang dipilih untuk menyalurkan wang tersebut. Lama atau sebentar wang itu keluar masuk ke BSN jelas ia menambahkan urusan bisnes dan tentunya memberi suntikan kepada urusniaga Bank tersebut.

5 ulasan:

suahati berkata...

Kalau ia utk perbelanjaan menampong persekolahan murid sekolah sepatutnya dibayar semasa penggal persekolahan dibuka nanti.

OOOOO mungkin sebelum buka persekolahan nanti Kerajaan akan bayar lagi kot..............

Tanpa Nama berkata...

saya sarankan wang rm100 perlu disalurkan melalui PIBG sekolah semasa sekolah dibuka senang membeli buku tulis dan alat tulis .sekurang nya ibubapa tidak mengunakan pada benda benda lain yang bukan kaitan sekolah.

Tanpa Nama berkata...

adakah pilihan raya akan diadakan dalam cuti sekolah ini? selepas spm?

Tanpa Nama berkata...

nampaknya......penyamun dan perompak boleh
merancang untuk samun rompak guru&pentadbir sekolah...
kesian nasib guru.....guru besar pun ramai yg
dipilih umno&bn...bakal jd mangsa lagi...

Undi Pakatan Rakyat.Bagi Peluang PR perintah bagus
ke tidak.....

Tanpa Nama berkata...

berbaloi ke..kalau anak yg duduk asrama jauh2...setakat nk ambil Rm100.Apa salahnya bagile pada anak2 pada waktu persekolahan atw pada buka penggal persekolahan tahun depan.Betul2 menyusahkan n memayahkan.