29 November 2011

Pembangkang keluar dewan bantah bil perhimpunan

3 Muharram 1433H. [MOD] -

Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

opposition walkout parliament 081210 anwarAhli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu himpunan rakyat seperti Himpunan Bersih 2.0 membantah rang undang-undang ini perlu diadakan dalam masa terdekat. Jika tidak kerajaan BN akan syok sendiri dengan mengatakan bahawa rang undang-undang itu dipersetujui oleh rakyat. Semoga rang undang-undang ini akan menjadi penyebab kepada kekalahan UMNO/BN dalam PRU13. Rakyat perlu bangkit mempertahankan haknya untuk berhimpun dalam demokrasi tanpa mengira latar belakang sama ada bangsa mahupun agama malah sama ada Pakatan Rakyat mahupun BN.