29 November 2011

Wayang Kulit China Diiktiraf Warisan Dunia

3 Muharram 1433H. [MOD] -

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) semalam mengumumkan bahawa wayang kulit China dimasukkan dalam "Senarai Warisan Budaya Bukan Kebendaan".

Demikian diputuskan dalam Sidang ke-6 Jawatankuasa Warisan Budaya Bukan Kebendaan Antara Kerajaan yang diadakan di Bali, Indonesia semalam.

Wayang kulit China merupakan sejenis kesenian rakyat China. Patungnya diperbuat daripada kulit lembu dan kertas berwarna yang halus seninya. Persembahan pelbagai watak patung dengan irama lagu dan nyanyian secara spontan, amat mempesonakan.

Pemain wayang kulit memerlukan banyak kemahiran termasuk membawa pelbagai watak dan bermain banyak instrumen muzik.

Dalam kenyataan yang sama, UNESCO turut mengumumkan projek Upacara Golongan Usia Leuven Belgium disenaraikan dalam kategori yang sama.

Terdapat 35 buah projek lagi yang akan dinilai permohonannya oleh UNESCO sebelum sidang kali ini berakhir pada 29 November depan.CRI/-

Tiada ulasan: