12 Disember 2011

Dua daerah dilanda banjir

16 Muharram 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Seramai 313 mangsa banjir di daerah Kuantan dan Rompin berpindah di pusat pemindahan yang disediakan berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air selepas hujan sejak kelmarin.

Jurucakap bilik gerakan banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), negeri berkata, seramai 74 penduduk dari empat kampung di daerah Kuantan iaitu Kampung Tiram, Kampung Tanah Putih dan Kampung Cenderawasih, mula berpindah petang semalam.

“Mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu, Tabika Perpaduan Cenderawasih Timur, Kampung Tiram, Indera Mahkota dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar,” katanya.

Sehingga jam 6.15 petang, mangsa yang dicatatkan ialah 313 termasuk 14 bayi lelaki dan 11 bayi perempuan.

Katanya, jumlah mangsa banjir di daerah Rompin ialah 239 membabitkan membabitkan empat kampung iaitu Kampung Kurnia, Kampung Perepat, Kampung Kerpal dan Kampung Janglau.

Menurut jurucakap terbabit, kesemua mangsa dipindahkan di Dewan Teluk Gading, Balai raya Kampung Sepayang, Balai raya Kampung Janglau, Masjid Perepet.

“Sehingga kini, seramai 144 dewasa, 78 kanak-kanak dan 17 bayi berada di pusat pemindahan banjir,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: