12 Disember 2011

Pas sedia 10 agenda

16 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Pas berikrar melaksanakan 10 agenda permulaan sepanjang peng­gal pertama pemerintahan bagi merea­li­sa­si­­kan konsep Negara Berkebajikan jika diberi mandat memerintah negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dokumen Negara Berkebajikan dianggap sebagai sebagai mukadimah kepada manifesto yang akan dikemukakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Ia mengandungi konsep umum di mana mesej Negara Berkebajikan ini dimasukkan juga di dalam Buku Jingga yang menjadi agenda bersama Pakatan Rakyat (PR), kita mendahulukan perkara yang sama dan tiada perbezaan antara satu sama lain.

“Ia bukan hanya bincang isu politik, ekonomi dan sosial, bahkan isu moral yang turut melibatkan pemimpin,” katanya pada sidang media selepas melancarkan okumen Negara Berkebajikan di kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), semalam.

Dokumen Negara berkebajikan yang dicetuskan Abdul Hadi itu adalah susulan kepada ucapan dasarnya pada Muktamar Pas Jun lalu.

Pas memutuskan untuk menjadikan 10 agenda itu sebagai prinsip penggubalan tiga polisi umum iaitu politik, ekonomi dan sosial.

Di bawah polisi politik, ia akan mewujudkan sistem politik yang mengembalikan prinsip pengasingan kuasa sebagaimana termaktub dalam perlembagaan supaya tidak berlakunya pemusatan kuasa kepada suatu kumpulan tertentu demi menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Ia juga menyebut setiap parti politik berhak mendapat peruntukan tahunan daripada dana negara sekali gus mengelakkan hubungan tidak sihat antara ahli politik dan golongan korporat.

Selain itu, masyarakat juga diberi ruang menunaikan hak awam untuk tidak bersetuju dengan kerajaan asalkan dilakukan dengan tertib dan aman.

sinar harian/-


Tiada ulasan: