07 Disember 2011

Masjid Luak Perlu ada Van Jenazah Sendiri

11 Muharram 1433H. [MOD] -
PAS Miri

MIRI - Masjid Luak yang terletak dipinggir jalan pantai Miri ke Bintulu adalah salah sebuah masjid terbesar di Miri. Pada setiap hari jumaat dan juga musim bulan puasa ramadhan ramai umat Islam solat berjamaah di Masjid Luak. Kawasan dalam Masjid Luak agak luas dan besar dan boleh memuatkan hampir seribu orang dalam suatu masa.

Di sebabkan kepesatan penduduk di bandaraya Miri, keperluan harian juga akan meningkat. Begitu juga dengan pengangkutan awam dan keperluan kenderaan membawa jenazah ke tempat pengebumian. Jika hanya terdapat berapa buah saja van jenazah sudah pasti satu hari nanti apabila berlaku ramai kematian dalam satu masa perkara ini akan menyulitkan orang ramai yang memerlukan van jenazah.

Apabila berlaku kematian, umat Islam sangat memerlukan van jenazah untuk mengurus pengangkutan jenazah ke tempat perkebumian atau perkuburan. Kebanyakan masjid besar di Miri mempunyai van jenazah mereka sendiri seperti Masjid Al Taqwa, Masjid Piasau dan Masjid Lutong. Memandangkan Masjid Luak adalah diantara masjid yang utama dalam bandaraya Miri maka van jenazah sangat diperlukan untuk penduduk Islam di Luak. Mereka juga perlu ada van sendiri untuk kemudahan membawa jenazah penduduk Islam di Luak dan sekitarnya. Pihak majlis agama Islam atau badan kebajikan seperti Baitulmal juga perlu memainkan peranan penting dalam menjaga hal ehwal kebajikan umat Islam di seluruh negeri Sarawak.

Zakat, "sesuatu yang membersihkan" atau "sedekah", salah satu daripada Lima Rukun Islam, pemberian bahagian tetap kekayaan seseorang untuk kebajikan, secara amnya untuk golongan miskin dan golongan yang memerlukan. Duit zakat tersebut dan sumbangan orang ramai untuk kegunaan kebajikan umat Islam juga perlu digunakan sebaik mungkin, jangan biarkan duit tersebut disimpan begitu saja tanpa digunakan untuk kebajikan orang ramai kerana mereka yang memberi sumbangan tersebut juga mahu pahala dari Allah untuk setiap duit yang digunakan. Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga perkara : amal jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari).

Kita minta pihak yang berkenaan dapat menyediakan sebuah van jenazah untuk Masjid Luak supaya dapat memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada semua penduduk Islam yang tinggal di Luak dan juga disekitar kawasan Luak. Dengan adanya van jenazah tersebut penduduk Islam di Luak tidak perlu lagi menyewa atau meminjam van dari luar untuk membawa jenazah ke tempat perkuburan.

Kita yakin kerajaan Sarawak yang kaya dengan sumber hasil sudah tentu ada peruntukan dan mampu untuk menyediakan sebuah van jenazah untuk setiap Masjid besar di Sarawak. Adalah tidak patut untuk Sarawak yang kaya dengan hasil bumi tidak mampu memberi sedikit kemudahan dan kebajikan untuk rakyat mereka yang memerlukannya.

Kita sekali lagi mendesak pihak yang berkenaan dan yang menjaga hal ehwal Islam Sarawak agar dapat mengambil perhatian yang serius tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak. Jangan anggap perkara ini remeh tetapi perlu diberi perhatian yang sewajarnya demi menjaga kebajikan untuk semua tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Tiada ulasan: