07 Disember 2011

MB Selangor merasmikan bantuan pendidikan Sekolah SRJKC dengan menyampaikan replika cek 

Muharram 1433H. [MOD] -
Editor : Khaulah Azwar
 
SHAH ALAM :  Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi terus memberi bantuan kepada semua Sekolah Rendah  Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)  degan memperuntukkan berjumlah RM1.56  juta bagi 46 buah sekolah.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Dr Halimah Ali berkata pada tahun 2011, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM 6 juta untuk diagihkan kepada SRJK (C) demi menyediakan mutu perkhidmatan terbaik dan meningkatkan lagi Hub Ilmuan dan Hub Pendidikan berdasarkan konsep hasil rakyat untuk rakyat.

" Pada Fasa Pertama,sebanyak 75 buah sekolah yang telah menerima bantuan pendidikan yang berjumlah RM2.35 juta pada Fasa kedua, kita telah meluluskan permohonan sebanyak 46 buah sekolah yang akan menerima bantuan secara direct grant daripada kerajaan negeri Selangor.

"Bantuan ini telah menyebabkan kerajaan persekutuan bersetuju memberikan RM100 juta kepada SRJK(C) , RM100 juta kepada SRJK (T) dan juga RM 100 juta untuk sekolah agama , jadi kerajaan negeri mulakan dahulu dengan memberi bantuan baru kerajaan persekutuan ikut," kata Dr Halimah dalam sidang media tengahari semalam di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam (SASS)  disini.

Majlis penyerahan cek bantuan pembangunan pendidikan ini disempurnakan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor  .

Turut hadir dalam majlis tersebut Exco Selangor Ronnie Liew,Teresa Kok, Elizabeth Wong, Ean Yong Hian Wah, Adun Sekinchan Ng Suee Lim,Adun Meru Dr Abdul Rani Osman, Adun Lembah Jaya Khasim Ahmad, Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie dan juga penyelaras - penyelaras DUN .

Menurut Dr Halimah lagi, permohonan bantuan pendidikan bagi Fasa 1 tahun 2012 sudah dibuka sejak 5 Disember dan tarikh tutupnya pada 3 Februari 2012.

" Borang permohonan boleh diperolehi melalui website Kerajaan Negeri Selangor iaitu www.selangor.gov.my atau di pejabat Exco Pendidikan atau Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

"Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat disarankan untuk membantu sekolah-sekolah dalam membuat urusan permohonan. Pihak Adun dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan daripada kerajaan negeri," katanya.

Tiada ulasan: