02 Disember 2011

‘Shahrizat perlu jawab, bukan berkokok di gelanggang sendiri’

6 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 2 Dis : Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.

“Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri,” katanya pada keadilandaily.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.

“Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat,” tegasnya.

Tambah Zuraida bahawa KEADILAN juga tidak akan gentar sekiranya Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk bertindak menyaman parti di mahkamah kerana mempunyai bukti yang kukuh.

“Kalau dia nak saman, dia samanlah. Saya pasti dia tidak akan menang. Kita ada bukti dan sampai sekarang dia tak boleh jawab, dia hanya boleh jawab sewaktu perhimpunan Umno sahaja,”sindirnya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan NFC sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam KEADILAN berhubung isu itu.

30 November lalu, Shahrizat turut memberi amaran keras kepada pemimpin KEADILAN kerana memainkan isu projek lembu yang diterajui suaminya malah menafikan penglibatan beliau dalam projek tersebut.

KEADILAN sebelum ini membongkar penyelewengan dana sebanyak RM250 juta yang dilakukan NFC dan mendakwa hampir RM10 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

Ia direkodkan sebagai bayaran pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang juga milik keluarga Shahrizat.

Semalam, Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.

Ini ekoran dari pendedahan yang dibuat oleh Pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengenai pembelian sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.

Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.

Keadilan Daily

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Delegate puteri2 umno tepok dan jerit kuat- kuat seolah olah merestui salahurus syarikat suami Shahrizat ni secara terus menerus mencanggahi lapuran audit negara. Apa sudah jadi puteri2 tu dah jadi lembu kah?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa isu lembu timbul?..... Allah tak buat saja2. Pastinya nak tunjukkan puak yang terlibat tu sememangnya LEMBU.