01 Januari 2012

Insidin UPSI : BN mungkir janji !

7 Safar 1433H. [MOD] -
Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) pertamanya merakam ucapan tahniah kepada Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana pembukaan tahun baru 2012 ini dibuka dengan insiden yang amat memalukan sistem demokrasi Negara selama lebih 54 tahun kita merdeka. Jelas tindakan keganasan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) malam semalam di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim sebagai satu percabulan dan pemerkosaan demokrasi dalam Negara kita.

Keduanya kami amat kesal dengan insiden malam semalam yang mencerminkan tidak bertamadunnya Penguatkuasa Undang-undang di dalam Negara kita. Kami boleh lebalkan bahawa Dato’ Sri Najib adalah pembohong ‘No. 1’ Negara berikutan pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak Polis tersebut. Jika benar pendekatan yang di bawa oleh Dato’ Sri Najib untuk melakukan perubahan dalam Negara, sudah tentu insiden seumpama malam semalam tidak berlaku. Bagi kami juga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah salah satu sendiwara Dato’ Sri Najib yang ingin kononnya membawa kepada perubahan baru.

Kami yakin, Mahasiswa dan rakyat boleh bersetuju bahawa sikap ‘double standard’ pihak Polis jelas kelihatan berbanding himpunan yang dianjurkan oleh Umno dan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selama ini. Kami mempersoalkan, adakah himpunan mereka diperlakukan seumpama himpunan Mahasiswa tersebut? Kami yakin juga bahawa Mahisiswa tidak akan tertipu lagi dengan dialog-dialog terbuka yang dianjurkan oleh Dato’ Sri Najib serta pendekatan mesra siswa BN. Kami bertekad akan memastikan golongan Mahasiswa dan rakyat menjadikan sejarah hitam berakhirnya tahun 2011 malam semalam sebagai pendirian untuk menghukum BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti!

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Minggu lepas ada seorang peguam dan juga seorang ADUN Pakatan Rakyat dari negeri Perak, berjanji akan memberi bantuan guaman secara percuma kepada mahasiswa-mahasiswa UPSI sekiranya beralaku tangkapan. Man dia sekarang? Ini kah yang dikatakan janji Pakatan Rakyat?

huda alhadi berkata...

Wahai 'Unknown" apa pentingnya peguam nak maklumkan kepada anda dan mana ada media utama; RTM, TV3 dan lain-lain nak "Highlight" kerja-kerja berlawanan dengan aspirasi BN/UMNO....kecuali anda orang penting.. Kebiasaan dan amalan Polis tidak akan membenarkan peguam masuk campur serta merta semasa tangkapan atau semasa mereka melakukan aktiviti "Brutal" dan jika berlaku dengan peguam-peguam mereka sapu sekali dan dalam suasana begitu rugilah kerana peguam
juga akan mendapat khidmat peguam lain.

Ambillah contoh-contoh terdahulu peguam memang dah ada dekat-dekat kawasan peristiwa memantau perkembangan dan mengatur pelan tindakan.

Janganlah risau itu kerja mereka dan mereka golongan profesional tahu bagaimana untuk mengatur strategi. Lainlah jika kenyataan anda untuk provokasi menyebelahi BN/UMNO.

Ako berkata...

wahai saudara UNKNOWN...
Saya rasa saudara tidak mempunyai minda yang terbuka luas. Harap dapatkan 'duit' dari pemerintah kini (apa cara sekali pun) dan gunanya untuk melancong dan melihat negara orang lain. Saudara akan lihat negara saudara ini telah diperkosa dan ditelanjangbulatkan untuk tatapan masyarakat dunia. Adakah saudara tiada malu atau tiada kemaluan?
Saya doakan saudara UNKNOWN berubah demi masa depan generasi akan datang...jika saudara benar berada dalam pihak mereka...lihatlah kehebatan kekayaan mereka. Persoalannya, dengan tangga gaji sebegitu, apakah mereka mampu?
Wallahua'lam..

Awanama berkata...

Bentuk tulisan /komen macam ini oleh UNKNOWN dah sinonim dengan banggang-banggang umno. Serupa dengan kepimpinan-kepimpinan dan kuncu-kuncu dari puak umno ni, tidak ada inteligence lansung cakap/komen atau ucapan mereka. Tentunya masyarakat kini yang lebih inteligence (berbanding tahun-tahun 50an dan 60an) akan menolak puak-puak ni. Apakata kita biarkan orang-orang macam UNKNOWN ni hidup meracau dan lama-lama makan diri.

Hairan juga bagaimana VC UPSI tak berbunyi? Tak letak jawatan ke? Apa dia ingat kecederaan mahasiswa tu bukan sebahagian dari tanggungjawab dia?