23 Februari 2012

Mahathir: Jangan ulas apa anda tidak tahu

1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta tidak mengulas isu 'bai'ah' dalam PAS kerana tidak semua benda yang beliau ketahui di dalam dunia ini.

(Laporan akhbar Umno, Utusan hari ini)
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, adalah lebih baik Mahathir diam sahaja dalam isu ini kerana beliau tidak tahu sebenarnya apa dia bai'ah dalam PAS.

Mustafa mengulas ulasan Mahathir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mahathir, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli PAS berbai'ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

"Sebab itu saya kata, Mahathir tidak perlu ulas semua perkara. Dia tidak tahu hal bai'ah ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, bai'ah dalam PAS sangat tersendiri kerana kesemua pemimpinnya berbai'ah untuk menegakkan perjuangan Islam di negara ini.

"Oleh itu, bila Mahathir minta kita berbai'ah kepada Allah dan bukan pemimpin, saya kata Mahathir tak perlulah ulas semua benda atas dunia ini...buat malu sahaja," kata beliau.

Harakah Daily

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu nama nya pandai x boleh di ikut,bodoh/bangang/bebal/hipokrit yang x boleh di ajarrrrr

Huda Al Hadi berkata...

Mahathir, masa untuk kamu bercakap sudah tamat. Dulu kamu PM bercakap apa saja tak kira benar atau sesat, hantam semacam sebab ada kuasa.

Kini belajarlah yang benar, betul dan sahih sementelahan masih ada hayat dikandung badan. Perkataan yang biasa yakni'Pengertian Bai'ah' pun tak faham!.. Kalau malu belajar di negara sendiri boleh pergi belajar ke India ka, Pakistan ka atau mana-mana negara di Timur Tengah ka.. .

Kecil betul otak mu wahai Mahathir, tidak kah membaca 'Doa Iftitah'merupakan Bai'ah hamba dengan Allah sw , Setiap hari lima kali.

Mahathir ini dah nyanyuk' masih merasa beliau sedang memerintah dan berkuasa.. tak tahulah jika 'yang duduk di kerusi' tu hanya boneka. Masakan beliau tidak tahu matlamat perjuangan adalah kemenangan tetapi bagi PAS kemengan itu mesti dibawah keredoaan Allah SW.

Semua orang tahu PAS berpolitik untuk mempertahan kesucian UMAT ISLAM agar jangan tinggal nama 'BAKA'nya sahaja... bukannya islam mempertahan politiknya. Risalah Islam Al Quran dan Sunah tetap utuh walaupun manusia sesat dan engkar.

Disebabkan PAS tidak ada kuasa pemerintahan maka berlaku beberapa signifikannya yang menjadi pendorong ilmu islam itu telah dihilang dari pembelajaran yakni 'Tulisan Jawi' dan orang yang mengajar ilmu islam di Universiti tidak bebas mengajar di masjid-masjid mahu juga di surau-surau melainkan ada tauliah khas. Walahal kadang-kadang orang nak mengesahkan tauliah itu adalah anak muridnya.

Renung-renunglah wahai insan yang kudus dan insan yang kamil.

Unknown berkata...

kalau aku jadi Mahathir aku tak akan campur lagi urusan dunia,