12 Februari 2012

Rakyat berpendatan lebih RM3 ribu akan tolak BN pada PRU13 ini !

17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3000.

Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat yang memilihnya.

Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan kerajaan pemerintah pimpinan Barisah Nasional memberi segala bagai kebendaan dan wang kepada golongan ini, pihak kerajaan telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja yang wang simpanannya digunakan oleh kerajaan sewenang- wenangnya tanpa kebenaran mereka.

Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran- restoran.

Meraka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.

Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional sekarang? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak- anak mereka yang belajar di universiti.

Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran- restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.

Kerajaan permerintah pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan pemerintahan dalam PRU13 yang akan datang ini. Mereka patut diberi perhatian! Mkini

11 ulasan:

MIBU BULAN. berkata...

Salam YB........
Saya setuju..... Bukan sahaja Rakyat pendapatan RM3,000/- keatas... manakala yang yang berpendapatan RM3,000/- ke bawahpun 60% pun akan menolak BN.... Apa yang penting mari kita berdoa supaya ALLAH melanjutkan usia Tun Mahathir Muhamad supaya ia kan merasai atau melihat BN tumpas pada pilihan Raya ke 13..... Ingattak lagi Doa Datok Ustaz Fadzil Noor....

Tanpa Nama berkata...

saya salah seorang daripadanya...

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang tak tahu bn tidak adil. Maka apa nak hairan dia sekali lagi tidak berlaku adil, terang-terangan. Dah lama keluar ameno.

Tanpa Nama berkata...

ameeeen

Tanpa Nama berkata...

Gaji saya suami isteri hanya RM3100 sebulan anak ada 4 orang tinggal di Cheras kami berkerja di Bandaraya KL dengan wang pendapatan ini lah saya menyara keluarga dan tanpa bantuan dari kerajaan BN.Bantuan RM500 tak dapat. Mujurlah kerajaan PKR selangor memberi air percuma RM11.00 sebulan kalau 12 bulan sebanyak RM132.00 Mari ramai kita tolak BN yang hanya bantu korani saja. Hidup PKR.....PKR

Tanpa Nama berkata...

ya memang betul.... tapi yang betul-betul kecewa adalah yang pendapatan 3000... 3100 3200 atau lebih lebih sikitsikit dari 3000

Tanpa Nama berkata...

Hari Rabu ni TPM datang kedah kat dewan wawasan,Jitra.Ramai guru kena paksa hadir jam 12.00.Siapa yang nama ada tak hadir akan kena tindakan.

kapoww berkata...

saya berpendapatan bawah rm3000.
apa dia bagi kita ambil kerana itu hak kita. tolak tetap tolak...

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapatan lebih sikit rm3000.
apa dia mereka bagi tak pernah dapat komputer 1 malaysia puntak dapat hadta anak nak masuk PLKN pun tak dapat ,apa yang dapat surat dari Jabatan hasil setiap tahun kena bayar... tapi saya telah lama tolak Bee End kerana tak mahu bersubahat mereka yang menolak hukum Allah dan menzahirkan maksiat...

Tanpa Nama berkata...

Kalau pun tak bagi RM500 sebab pendapatan isiruman gaji kasar lebih dari RM3000 apalah salahnya diberi sedikit wang saguhati walaupun tak cecah RM500 sebab kami juga rakyat malaysia..nama sj pendapatan lbh dr RM3000 tapi setelah tolak itu dan ini hasilnya paras-paras hidung saja..

Unknown berkata...

nak buat macam mane,kita dapat kepala menteri macam 2,semoga dia berubah sebelum,waktu merubahnya