23 Februari 2012

Tahniah MB Kedah hidup semula Kampung Buku

1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 23 Feb: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Canter (KTC), Aziz Desa (gambar) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah kerana telah merasmikan 8th International Booktown di Kampung Buku, Langkawi.

Menurutnya, pelancaran pada 13 Febuari lalu oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menggambarkan kerajaan negeri itu mementingkan budaya membaca dan ilmu.

Aziz Desa adalah Setiausaha Akhbar kepada MB Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid ketika Kampung Buku dilancarkan di Langkawi dahulu.

Aziz yang juga personaliti TV9 memberitahu, beliau menitis air mata apabila terbaca perkembangan kerajaan Kedah sekarang yang menghidupkan semula ‘Kampung Buku’ yang tidak berjaya sebelum ini walaupun ianya telah cuba dihidupkan oleh Menteri Besar Kedah yang terdahulu.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dalam sesi temuramah dengannya di KTC tengahari semalam.

Menurutnya lagi, usaha Azizan menghidupkan semula Kampung Buku yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara itu membuktikan pemimpin tersebut seorang yang cintakan ilmu.

“Ianya cukup membuktikan kepada kita beliau seorang yang mementingkan budaya membaca bersesuaian dalam Islam itu sendiri mengutamakan membaca iaitu ‘iqra’ ,”ujarnya.

Menurutnya, kerana kegagalan Kampung Buku yang telah diperkenalkan tahun 1992 di Langkawi, ia telah di bawa ke Melaka walaupun ianya tidak berjaya sepenuhnya.

Jelasnya, beliau sendiri tidak terfikir Kampung Buku akan dihidupkan semula oleh kerajaan negeri hari ini.

Anak kelahiran Pulau Langkawi itu seterusnya memberitahu Kampung Buku mampu menarik ratusan juta pelancong setiap tahun sekiranya ia diadakan dengan baik sebagaimana yang telah berlaku di negara barat.

“Saya berharap Kelantan sebuah negeri yang mementingkan ilmu Islam juga sewajarnya mengadakan program sebegini kerana banyak manfaat yang akan diperolehi,”ujarnya.

Perasmian Kampung Buku oleh Ustaz Azizan baru-baru ini turut dihadiri delagasi luar negara.

Harakah Daily

1 ulasan:

Huda AL Hadi berkata...

Joharin sahaja yang kenal maknikam. Semoga Aziz mendapat limpahan rahmat dari Allah SW. Semoga khidmat mu yang ikhlas itu menjadi dorongan kepada penyiar yang lain.

Orang yang berilmu dan beramal akan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah SW justeru dapat membeza antara hak dan yang bathil.