06 September 2012

Fitnah TG Nik Aziz, pemuda PAS lapor polis

18 Syawal 1433H. [MOD] -

(Gambar Program Umno yang didakwa menghina TG Nik Abdul Aziz Nik Mat)

IPOH: Pemuda PAS Kawasan Tambun hari ini membuat laporan polis berhubung tersebarnya gambar di laman sosial menunjukkan satu program BN yang didakwa memaparkan penghinaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam gambar itu kelihatan wajah Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi penerangan dalam majlis yang tertulis 'Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tambun.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun dilihat seperti sedang merujuk kepada paparan slide di sudut pentas di program tersebut.

Difahamkan program tersebut berlangsung di Hotel Syuen, Ipoh pada 2 September lalu.

Dalam slide itu secara jelas tertera wajah Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan tajuk disebelahnya 'Extrem Islam' dan perincian seperti 'Fanatik', 'kasar dan kesat', 'mewajibkan yang tidak wajib, 'berprasangka buruk' dan 'mengkafirkan orang Islam'.

Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin mendakwa tuduhan yang dibuat dalam program anjuran Umno itu biadap dan sangat keterlaluan.

“Fitnah yang dilemparkan kepada Tok Guru sangat berat terutamanya menuduh Tok Guru mengkafirkan orang Islam,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis di IPD Sungai Senam Ipoh, hari ini.

Zairul menegaskan, Pemuda PAS Tambun mengutuk sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh ahli parlimen kawasannya itu dan menyifatkan ianya satu tuduhan melampau.

“Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap gambar tersebut seterusnya mengenakan tindakan kepada Menteri Kewangan itu,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Zairul berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak terhadap gambar tersebut.

Hadir sama ialah peguam Pemuda PAS Perak, Fitri Asmuni; Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan pimpinan Pemuda PAS Kawasan Tambun.

harakahdaily/-

4 ulasan:

JARUM MAS berkata...

CELAKA PUNYA RTM.. dah ler HUSNI buat fitnah..mlm tadi RTM cuba nak tunjukkan kebaikan husni mengucapkan slmt hari raya..

apa jadahnya media talibarut syaitan ni...hidup PR DAN MENUJU KEJAYAAN DAN MALAPETAKA LAH WAHAI UMNO@BN.

Awanama berkata...

moga suatu hari nanti masih ada pegawai polis yg menjalankan tugas dengan ilkhlas demi untuk keamanan negara dan bukan untuk membodek pemimpin negara!

perupok berkata...

Kerana benda2 macan ni lah,lahirnya sikap benci dihati dan dendan kpd kerajaan,.Separti berlakunya kepada Mohamad Ammar pada malan merdeka.

Awanama berkata...

Allah maha kuasa....apa yang mereka lakukan itu akan diadili di padang Mahsyar nanti...Hanya orang yang jahil sahaja yang tidak takut dan tidak memikirkan akibat selepas mati....