04 September 2012

Jangan jadi orang yang 'perkosa' masjid

16 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, berkata jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini.

"Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya. Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden berkenaan, Ustaz Ghani yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS, gangguan terhadap rumah Allah itu satu perbuatan yang biadap, lebih-lebih lagi ketika tazkirah dijalankan.

"Kalau mereka tidak mahu mendengar tazkirah tersebut, keluarlah dengan baik. Ini tidak, setelah membuat bising di dalam dan setelah diminta keluar, berterusan membuat bising. Ini tidak bertamadun," kata beliau yang turut berada di masjid berkenaan.

Sedangkan, tambah beliau ketika itu tazkirah dijalankan oleh seorang yang dikenali dan pernah menjadi pemimpin negara suatu ketika dahulu yang begitu dikenali ramai.

Menurutnya lagi, mengganggu majlis dengan membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam tanpa sebarang bukti hanya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang gemar 'memperkosa' majlis agama ini agar menghentikan perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut akan berdepan dengan tindakan Allah SWT di akhirat kelak.

"Nasihat saya, jangan jadi orang yang perkosa masjid. Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa. Bukan jadi perkosa," tegas beliau.

HARAKAHDAILY/-

3 ulasan:

Awanama berkata...

Benar, masjid jgn 'diperkosa' kerana masjid adalah tempat 'pembuangan' dosa untuk manusia yg mengunakan ilmu bagi mendapat sedikit soru dgn menjual agama baru yg membuat manusia lain terharu. Angkara manusia yg memalaikatkan diri mencari sokongan tidak terperi menjadikan masjid untuk mempopulerkan diri. Jangan dijual nama Tuhan mu itu untuk mendapat sokongan padu kelak nanti mendapat malu atas kejahilan untuk menipu.....

Awanama berkata...

Orang berilmu tak semestinya baik kalau ilmu digunakan untuk kejahatan dan orang tidak berilmu tidak semestinya jahat sebab tiada ilmu membuat diri insaf. Tetapi setinggi mana atau serendah mana pun ilmu jika otak tiada 'ketajaman' ada atau tiadanya ilmu tidak membawa sebarang perubahan kepada kehidupan.

JURAGAN berkata...

UMNO SEBENAR NYA TELAH ROSAK SEGALA2NYA.