29 September 2012

Presiden Republik Czech diserang dengan pistol plastik

13 Zulkaedah 1433H. [MOD] -


PRAGUE 29 Sept. - Seorang lelaki ditahan selepas menyerang Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus menggunakan pistol plastik, di sini semalam.

Lelaki berkenaan dilapor mengacukan pistol terbabit ke arah Klaus, 71, dan melepaskan tembakan kosong beberapa kali sebelum ditahan polis.

Klaus, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Kejadian tersebut berlaku dalam majlis perasmian jambatan baru di pekan Chrastava, di utara Bohemia. - dpa

Tiada ulasan: