30 Oktober 2012

Kenapa perasmian Hari Koperasi tiada sambutan?

14 Zulhijjah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan diminta menyatakan kenapa dan apakah puncanya majlis perasmian Hari Koperasi Negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 14 Julai 2012 tidak mendapat sambutan yang menggalakkan serta kehadiran peserta yang tidak ramai seperti majlis perasmian yang lain. Datuk Mahfuz Omar [PAS-Pokok Sena] mengemukakan soalan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Ahli-ahli PAS Parlimen yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah. Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah penambahbaikan dan pindaan dalam polisi atau undang-undang yang telah atau akan dilakukan oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah kutipan yuran penyenggaraan (maintenance fees) dan "sinking fund" dari pemilik yang dihadapi Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) hartanah hak milik strata. Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah projek pembinaan sekolah di kawasan U10 Shah Alam akan dimulakan dan siapakah kontraktor yang telah dipilih. Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan bilakah penyelarasan gaji pensyarah pelatih perubatan dan pergigian gred DU45 dan DUG 45 hendak dilakukan supaya selaras dengan rakan-rakan mereka di Kementerian Kesihatan. Datuk Dr Mohd Hayati Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan Persekutuan yang disalurkan khusus untuk pembangunan Daerah Pendang sejak 2008 dan berapakah projek yang telah dilaksanakan dan telah disiapkan. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] minta Menteri Kewangan menyatakan kenapa sehingga sekarang setelah 55 tahun merdeka, Pekan Trong, dalam DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang tidak ada sebuah bank pun, kenapa Bank Simpanan Nasional pun tidak berminat untuk menubuhkan cawangan di Pekan Trong ini. Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari segi kelayakan memasuki Universiti al-Azhar, Mesir, setelah universiti tersebut memperkenalkan Ujian Kemasukannya (Imtihan Qabul) sendiri. Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Perdana Menteri menyatakan kos selenggara kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 2008 hingga 2011. Harakah Daily

Tiada ulasan: