05 Oktober 2012

Status negara Palestin di PBB dibahas November





   19 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 






Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan mengadakan debat mengenai status negara Palestin di PBB pada pertengahan November - selepas pilihan raya Amerika Syarikat, ujar presiden kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Rabu lalu.

Setelah gagal tahun lepas untuk diiktiraf kenegaraan penuh di PBB, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata minggu lepas beliau akan berusaha menaik taraf status kepada “negara bukan ahli negeri" seperti Vatican.

Status semasa Palestin PBB adalah "entiti pemerhati." Jika berjaya, ia akan bertukar kepada "negara pemerhati."

"Pada pertengahan November, akan ada debat antarabangsa mengenai isu Palestin dalam Perhimpunan Agung," ujar Presiden Perhimpunan Agung PBB, Vuk Jeremic dalam satu sidang akhbar.

"Terdapat banyak pilihan raya dan kalendar politik di serata dunia," katanya merujuk kepada pilihanraya termasuk pilihan raya Amerika Syarikat pada 6 November.

"Pemahaman saya adalah kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin akan melakukan perbincangan yang mendalam, dan membuat kesimpulan tentang apa yang mereka mahu lakukan pada bulan November."

Status negara untuk Palestin menimbulkan perasaan tidak selesa untuk Israel. Didaftarkan sebagai sebuah negara dan bukannya entiti bermakna Palestin boleh menyertai badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan memfailkan aduan terhadap Israel untuk penjajahan berterusan.

Status negara juga akan menimbulkan kemarahan sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat, yang berhujah bahawa negara Palestin hanya boleh diwujudkan melalui rundingan bersemuka.

Tiada rundingan damai antara Palestin dan Israel sejak 2010, kerana rakyat Palestin enggan untuk meneruskan rundingan melainkan jika kerajaan Israel menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis.

HARAKAHDAILY/-

Tiada ulasan: