29 November 2012

120 saman AES, hanya 2 hadir mahkamah

15 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan lebih 118 waran tangkap kepada pesalah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) apabila mereka gagal hadir ke mahkamah.

Bagi kes pertama sebanyak 120 saman dikeluarkan dan diarahkan hadir ke mahkamah hari ini tetapi hanya dua orang sahaja yang hadir.

Namun kedua-dua mereka tidak menggunakan khidmat peguam Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) dan mengaku salah.

Hakim Mahkamah Majistret Trafik, Noorasyikin Sahat memutuskan kedua-dua mereka perlu membayar denda minimum sebanyak RM300.

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff  (gambar atas) yang hadir mendengar kes tersebut menjelaskan atas tindakan pelaksanaan AES secara tergesa-gesa menyebabkan rakyat tidak mengetahui apa itu saman AES.

Malah menurut beliau lagi, tindakan saman AES yang mengelirukan itu juga turut memberi beban kepada pengguna jalan raya apatah lagi bila waran tangkap dikeluarkan.

"Pelaksanaan secara tergesa-gesa menyebabkan rakyat tidak tahu apa itu AES dan mereka menjadi mangsa kerakusan kerajaan.

"Rakyat tidak mengetahui apa itu AES menyebabkan kebanyakkan mereka tidak hadir pada hari ini, kerajaan tidak memberikan penjelasan yang lebih terperinci kepada rakyat dan akibatnya semua pihak terbeban," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau menberitahu Kase tidak mengetahui bahawa terdapat pendakwaan pertama bagi kesalahan AES dan beliau hanya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Saya telah menemui dua orang penerima saman AES dan ingin membela di mahkamah sebentar tadi, tapi disebabkan mereka tidak mengetahui apa yang ingin kita bantu.

"Jadi kedua-dua mereka memutuskan untuk mengaku salah dan membayar denda tersebut," sambung beliau.

Menurutnya, kes pertama AES yang akan dibawa oleh Kase adalah pada 4 Disember di mahkamah yang sama.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: