23 November 2012

ISYTIHAR HARTA: CABAR PEMUDA UMNO PERAK UNTUK ISYTIHAR

9 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mencabar Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak untuk mengisytiharkan harta kepada umum jika mereka benar-benar tidak berkepentingan ketika Umno / Baraisan Nasional (BN) ‘ditakdirkan’ memerintah semula kini Kerajaan Negeri Perak. Apa yang boleh kami katakan, secara singkatnya terdapat dikalangan pimpinan Pemuda Umno Perak menjadi ‘kaya’ walaupun sebelum itu tidak dilihat mewah atau sememangnya mereka benar-benar kaya hasil peniagaan mereka selama ini.

Kami dimaklumkan, ada dikalangan mereka memegang jawatan sebagai Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat kepada hampir berpuluh syarikat atas nama mereka yang digunakan selain sebagai pemegang saham syarikat. Adakah benar dakwaan tersebut? Dimaklumkan juga ianya didaftarkan selepas ‘rampasan kuasa’  pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak tahun 2009 dahulu. Siapakah pemimpin-pemimpin muda tersebut? Apakah hubungnya dengan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir?

Kami, Pemuda PAS akan tampil mengisytiharkan termasuk pimpinan-pimpinan kami bagi membuktikan pimpinan PAS benar-benar ‘bersih’ daripada harta yang ‘tiba-tiba timbul’ setelah memerintah kelak. Kami yakin semua pimpinan PAS tidak akan disabitkan dengan salahguna kuasa bagi mencari ‘kekayaan luar biasa’ sepertimana pimpinan Pemuda Umno tersebut. Bagi kami, ‘siapa yang makan cili, dia akan merasa pedas’ dengan timbulnya persoalan daripada kami ini.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: