Satu
memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta
kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah
kebangsaan.
Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.
"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.
"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sebelum ini Gerakan Gabungan ISMP membuat kenyataan bahawa ribuan pelajar ijazah tersebut gagal ditempatkan sebagai guru dan dalam masa sama sukar diterima di sektor swasta.
Penyelaras gabungan itu, Abdul Rahman Usman berkata, masalah itu berpunca daripada penempatan mereka sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) masih belum diumumkan.
Sehubungan itu, pada sidang media sama, Nik Nazmi meminta kerajaan khususnya kementerian pelajaran untuk mengambil lebih ramai graduan ISMP dari IPTS bagi menambah jumlah guru berbanding mengimport dari India.
Menurutnya, kerajaan juga seharusnya mengambil graduan Mengajar Bahasa Inggeri Sebagai Bahasa Kedua (TESL) tempatan sebagai guru yang akan mengajar bahasa inggeris di sekolah kebangasaan.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak ambil guru dari India untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan tanahair.
"Masalah graduan yang tidak bekerja masih lagi ada dan mereka nak ambil India pula. Bagi saya ini bukan penyelesaian. Graduan perguruan terutama IPTS tidak diberi kerja. Bagaimana dengan mereka? Kerajaan sewajarnya mengambil graduan TESL tempatan," katanya.
Selain itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan adakah sistem pembelajaran bagi pelajar TESL bermasalah sehingga mereka tidak diambil menjadi guru di sekolah kebangsaan.
Katanya, kerajaan seharusnya mempertimbangkan graduan perguruan tempatan yang berdepan dengan masalah pengangguran dan dibebani dengan hutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
"Kita ada pelajar TESL. Kalau setakat nak mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah sudah tentu tidak ada masalah. Kenapa tak ambil pelajar TESL? Mesti ada masalah dengan sistem kita. Dan kita perlu baiki sistem itu," katanya lagi.

malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan